Sekiranya anda pemilik sebuah syarikat startup, SEO, ataupun Search Engine Optimization, merupakan satu aspek yang agak mencabar. Oleh itu, petua-petua pakar SEO di bawah akan dapat membantu anda untuk memastikan kandungan dan laman web anda adalah efektif dan sesuai dengan trend pada tahun 2020.
1.Memahami tujuan carian yang berbeza
Secara amnya, terdapat tiga tujuan carian oleh pengguna internet seperti berikut:
- Navigasi: Carian untuk pergi ke laman sesawang tertentu, seperti Facebook, Samsung atau Youtube.
- Maklumat: Carian untuk mendapatkan maklumat mengenai sesuatu topik, contohnya tip untuk usahawan berjaya atau cara menjana duit dari rumah.
- Transaksional: Carian untuk membeli sesuatu produk atau melanggan servis, contohnya membeli barangan untuk membuat kek atau melanggan keahlian gim.
Memastikan kata kunci yang anda sasarkan adalah bertepatan dengan tujuan carian adalah penting untuk mengoptimumkan kandungan laman sesawang anda untuk SEO. Ini adalah kerana apabila pengguna mencari kata kunci di enjin carian seperti pakar Google Malaysia, mereka akan menggunakan kata kunci yang akan menunjukkan hasil yang tepat dengan tujuan carian mereka.
2. Optimumkan tag tajuk anda
Tag tajuk adalah tajuk utama kepada kandungan SEO anda. Ia merupakan tanggapan pertama yang akan menentukan sama ada pengguna akan melawati laman web anda, ataupun sebaliknya. Oleh itu, tag tajuk anda haruslah unik, menarik dan berkesan dan pada masa yang sama, optimum untuk enjin carian. Terdapat tiga jenis tag tajuk yang boleh anda cuba:
- Informatif: Merangkumi maklumat yang disediakan di halaman laman web anda.
- Dioptimumkan: Merangkumi kata kunci utama untuk enjin carian dan tidak melebihi 55 huruf dan karakter.
- Menarik dan unik: Mempunyai unsur yang lain daripada lain dan membuatkan pembaca teruja serta ingin tahu lebih lanjut
3. Gunakan kata kunci di dalam tajuk dan perenggan
Seperti yang disebutkan dalam isi di atas, untuk mengoptimumkan kandungan SEO, anda boleh mempraktikkan penggunaan kata kunci di dalam tajuk dan tag tajuk. Selain daripada itu, selitkan kata kunci tersebut di dalam isi artikel atau kandungan SEO yang anda tulis. Satu perkara penting yang harus diambil kira adalah kata kunci tersebut digunakan secara ‘natural’ dan tidak ganjal atau rawak. Ini adalah kerana matlamat utama kandungan SEO adalah untuk memberi manfaat kepada pelawat, bukan sahaja untuk digemari oleh enjin carian. Tambahan pula, kata kunci juga boleh diselitkan di dalam 100 perkataan pertama, senarai ataupun jadual di dalam artikel SEO dapat meningkatkan SEO ‘ranking’ laman sesawang anda.
4. Struktur laman sesawang juga adalah penting
Di samping kandungan SEO, struktur dan reka bentuk laman web anda dapat menjamin sama ada ia adalah optimum untuk enjin carian ataupun tidak. Terdapat beberapa struktur yang mesra SEO seperti navigasi yang mudah dan moden, organisasi laman web yang mempunyai hierarki yang berkesan dan reka bentuk web yang selari dengan perubahan masa dan trend terkini. Ciri-ciri struktur laman web anda haruslah dibincang bersama pasukan pereka bentuk bagi syarikat anda agar kandungan SEO serta reka bentuk laman web anda dioptimumkan untuk SEO semaksima mungkin.
untuk maklumat lebih lanjut mengenai Pakar SEO KL, sila lawati https://www.pakarseo.com.my/