Blog

Kata Kunci SEO yang akan Menggandakan Jumlah Pengguna ke Laman Sesawang Anda

Keberkesanan kata kunci yang anda gunakan dalam kandungan SEO adalah bergantung kepada pemahaman anda terhadap keperluan dan kemahuan pasaran sasaran anda. Oleh itu, penyelidikan kata kunci yang sesuai adalah penting untuk membantu anda untuk menaikkan ‘ranking’ servis SEO anda dalam enjin carian. Artikel ini akan membantu anda untuk mencipta dan menggunakan kata kunci yang tepat dan dapat menggandakan jumlah pelawat ke laman sesawang anda.

1. Kekerapan jumlah carian kata kunci

Semakin tinggi jumlah carian untuk kata kunci atau frasa kata kunci tertentu, semakin banyak kerja yang harus dilakukan untuk mencapai kedudukan yang lebih tinggi dalam enjin carian. Ini sering disebut sebagai kesukaran kata kunci. Syarikat-syarikat besar sering memperoleh 10 keputusan teratas untuk kata kunci bervolume tinggi, jadi jika anda adalah sebuah startup atau syarikat kecil yang menggunakan kata kunci yang sama, persaingan untuk menaikkan laman web anda di enjin carian boleh memakan usaha dan masa bertahun-tahun. Pada masa yang sama, jika kadar carian kata kunci tersebut adalah terlalu rendah, anda berisiko tidak menarik perhatian pengguna internet ke laman web anda. Kebiasaannya, lebih baik bagi syarikat-syarikat kecil dan sederhana untuk mensasarkan spesifikasi yang lebih rendah dari segi persaingan di enjin carian. 

2. Kata kunci oleh pesaing

Anda mungkin mempunyai banyak kata kunci yang tersedia tetapi tidak pasti mana yang hendak anda gunakan. Bagaimanakah caranya untuk anda tahu kata kunci mana yang paling efektif? Satu  idea yang berkesan adalah untuk mengutamakan kata kunci bervolume tinggi yang tidak digunapakai oleh pesaing anda. Selain itu, anda juga boleh mengkaji kata kunci yang digunakan oleh pesaing anda dan mengutamakan penggunaan kata kunci tersebut. Cara yang pertama disebutkan adalah sangat bagus apabila anda ingin mengambil kesempatan peluang bersaing dengan ‘niche’ pasaran, sementara cara yang seterusnya adalah strategi agresif untuk meningkatkan daya saing anda untuk mendapatkan kata kunci yang terbaik.

3. Kata kunci mengikut daerah atau kawasan

Adalah penting untuk ada sasarkan kata kunci bertepatan dengan lokasi tertentu kerana ia adalah lebih strategik untuk SEO. Dengan mengecilkan kata kunci anda, anda dapat memencilkan artikel anda untuk dipaparkan kepada pelanggan sasaran dengan demografik tertentu yang bersesuaian dengan produk atau servis anda.  Anda juga boleh menilai minat pelanggan mengikut kawasan mereka dengan merujuk kepada pakar Google Malaysia. Penyelidikan geo-spesifik dapat membantu membuat kandungan SEO anda lebih relevan dengan konsumer sasaran anda. Sebagai contoh, sebuah syarikat bakeri boleh menggunakan kata kunci “kek KL” berbanding dengan “kek” yang lebih generik dan tidak khusus kepada pelanggan yang disasarkan.  

4. Kata kunci mengikut musim dan peredaran masa

Kata kunci yang dicari oleh pelanggan atau pengguna internet seringkali menyerupai trend pada sesuatu musim tertentu. Sebagai contoh, pada musim sambutan Hari Raya, pengguna di Malaysia akan lebih gemar menggunakan enjin carian dengan kata kunci seperti “hari raya” atau “baju raya”. Jika anda tahu trend semasa yang bersesuaian dengan produk dan servis yang anda tawarkan, anda dapat menyiapkan kandungan SEO Malaysia beberapa bulan lebih awal untuk mendapat sambutan hangat apabila trend musim tersebut tiba.

untuk maklumat lebih lanjut mengenai Pakar Google Malaysia, sila lawati https://www.pakarseo.com.my/

Theme by Anders Norén